Search This Blog

Tuesday, May 4, 2010

Ayam Masak Asam



Assalamualaikum. Rasanya dah lama tak ada lauk kan. Ayam masak asam ni dah jadi menu tetap tiap minggu .Rasanya yang masam2 pedas memang masuk dengan selera kita. Resepi ni Mas dapat kat Mrs Noor@myresepi. he..he ..memang banyak resepi yang Mas dapat kat sana. Bahan 2 nya pun senang dan cepat dimasak. Itu yang kita suka sedap dan ringkas.

Ayam Masak Asam
Sumber :  Mrs Noor@myresepi

Bahan :
  • 1/2 ekor ayam dicuci bersih dan diletakkan garam dan kunyit dan digoreng.
  • *1 biji bawang besar
  • *1 sudu besar jintan manis
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci halia
  • *1/2 inci lengkuas
  • 1 biji bawang besar  - dipotong bulat
  • 1 batang serai  - dititik
  • 6 biji cili padi - diketuk
  • 2 sudu besar asam jawa
  • garam, gula, perasa
Cara - cara:
  1. Kisar halus bahan2 yang bertanda dan tumis bersama bawang, serai dan cili padi hinga garing.
  2. Masukkan air asam jawa dan ayam.
  3. Apabila mendidih masukkan garam, gula, perasa dan biar hingga kuah agak pekat.
  4. Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.