Search This Blog

Sunday, May 23, 2010

Kuih Lapis Kopi




Assalamualaikum.
Kuih lapis kopi yang resepinya dari dapur kak Asma. Sedap tau, rasanya lemak2 manis, memang asyik bila menguyah...sesiapa yang teringin boleh mencuba...sangat sesuai untuk dibuat sarapan @ minum petang...

Kuih Lapis Kopi
Sumber : Kak Asma

Bahan A :
2 cawan santan 
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu teh garam

Bahan B :
1 sudu teh coklat emulco 
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar serbuk nescafe
1/4 cawan air suam

Bahan C :
1/4 cawan air suam

Cara :
Gaulkan semua bahan A hingga sebati dan tapiskan. ( mas blender semua bahan A, tak payah tapis)
Bahagikan kepada 2 bahagian.
Masukkan bahan B kedalam 1 adunan, kacau rata. Biarkan warna asal 1 adunan dan campurkan bahan C dan kacau rata.
Masukkan 1 senduk adunan koko kedalam acuan dan kukus selama 5 minit.Lapiskan 1 senduk adunan asal dan kukus semula selama 5 minit. Buat berselang seli hingga habis.

Nota : 
Kuih lapis ni kurang lemak, jadi boleh tambahkan secawan lagi santan dan juga tambahkan lagi sedikit tepung gandum..kena adjust sikit yea...itu pendapat kak Asmah, Mas  gunakan santan pekat, jadi rasanya kuih lapis tu dah cukup lemak...he..he..





3 comments:

  1. tu sapa geget tuhhhh???! hik2..

    alaaa... lemah betullah bab kukus mengukus & lapis melpis ni..

    ReplyDelete
  2. he..he..anak mas memang tak sabar2 nak makan, kejap je nak kukus kuih ni kak,dah buat mesti rasa seronok..

    ReplyDelete
  3. salam mas..klau yg kopi ni sukatan gula memang 1 cwn ke cos k.lpis lain tu 1/2 je nak cuba la...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.