Search This Blog

Sunday, May 30, 2010

MEE KARI



Assalamualaikum. Dalam cuaca sejuk pagi ni jom kita layan mee kari pagi ni. Mas buat untuk sarapan. Dah lama tak masak mee kari, bila ternampak kat rumah kak yatie, kena masak juga, he..he..mengalahkan orang mengidam kan,kalau dah teringin, memang tak sabar2 nak makan.

 Bahan - bahan :
  • 1 peket mee kuning
  • 1 cawan santan
  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil2
  • 1 batang serai - diketuk
  • 3 tangkai daun kari
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 biji bunga lawang
Bahan kisar :
  • sedikit halia
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 2 ulas bawang putih - dikisar
  • 4 sudu besar serbuk kari
  • sedikit air
Bahan hiasan :
  • telur rebus
  • kerang - dicelur
  • kobis dipotong halus2 - tak payah celur
  • tauge - dicelur sedikit
Cara - caranya :
  1. Celur mee kuning dalam air mendidih, toskan, ketepikan.
  2. Tumis serai, daun kari, bunga cengkih, kayu manis dan bahan2 yang dikisar halus hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air dan isi ayam, biar hingga mendidih,apabila ayam kelihatan masak masukkan santan, garam ,gula dan serbuk perasa.Masak hingga ayam kelihatan cukup masak dan boleh ditutup api.
  4. Letak mee yang dicelur dalam pinggan, letakkan juga kobis dan tauge diatas mee, kemudian kerang dan telur yang direbus,tuang kuah kari keatas mee tadi, sedia dihidangkan.

2 comments:

  1. almk sodpnye mas..dah lma tak masak mee kari..ada gak masak menu ni kang..biasa letak keledek skit tuk pekatkn kuah

    ReplyDelete
  2. he..he..tak lama lagi mee kari gi rumah izah la plak, mas guna santan pekat, jadi kuah kari tu rasanya dah elok pekatnya...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.