Search This Blog

Wednesday, May 19, 2010

Roti Arab



Assalamualaikum. Hari ni ada roti arab tau. Roti ni asalnya dari Arab. Jauh tu..tapi Mas jumpa roti arab ni kat dapur Kak An dari periuk tanah yang dok kat Putrajaya, he..he..dekat je dgn Shah Alam..

Roti Arab
Bahan-bahan: (menghasilkan 10-12 keping Roti Arab)


  • 500 gm tepung protein tinggi (tepung Roti)
  • 40 gm gula halus
  • 100 gm lelemak sayuran (shortening)
  • 160 gm susu tepung
  • 40 gm yis
  •  1 sudu teh pelembut roti ( mas ganti dengan water roux sbb tak de pelembut roti )
  • 1 sudu teh garam
  • 300 ml susu segar suam

Cara membuatnya:

1. Campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk. Uli sehingga sebati dan adunan sederhana lembut dan kenyal.

2.  Buat bulat-bulat ikut citarasa sendiri nak roti besar atau kecik. Susun dalam dulang ditabur tepung. Biarkan kembang selama 10 minit 

3. Canai dan leperkan setebal 3/4 sm lebih kurang. Biarkan kembang lagi 10 minit.

4. Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 15 minit atau roti keperangan.

5. Seperti biasa, Mas sapukan margerin pada permukaan roti sebaik dikeluarkan daripada oven agar permukaan roti tidak kering



2 comments:

  1. mas lembut gebu tak roti ni? cicah ngan kari sedap ek..nk try gak

    ReplyDelete
  2. ok la izah, lembut dan gebu,cuba la buat,memang kenyang makan roti tu...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.