Search This Blog

Thursday, September 2, 2010

Biskut Susu @ Milk Cookies




Assalamualaikum. 
Hari tu Mas nampak kat dapur Kak Nor - Secubit Garam, jadi teringin nak mencuba, bahan2 nya pun tak banyak..jadi Mas pun buat semalam..
Hmmm....memang berbaloi buat biskut ni, sedap tau, betul kata Kak Nor, biskut ni cair di mulut...sebab hanya menggunakan tepung jagung semata2...
Kata Kak Nor,( Kalau ikutkan resipi, butter tu kena pandai2 la agak banyak mana yg diperlukan. Agak2 tak melekat ditangan, boleh la try gentel dan bakar dulu sket, tengok camna outcome dia.. Nak kata secara tepat banyak mana sukatan butter tu payah gak tp jgn guna semua ikut sukatan yg dinyatakan ya.. letak dulu sket2, agak2 dah boleh digentel boleh la stop letak butter tu.. Dan susu tu pulak K.Nor tak letak ikut resipi, cuma letak dlm 3/4 tin kecik jer. ) 
Mas ikut macam kata Kak Nor, Alhamdulillah menjadi biskut ni...tima kasih Kak Nor, Daniel suka sangat biskut ni, tima kasih juga untuk tuan punya resepi merpati66@myresepi.com...

                        
Biskut Susu @ Milk Cookies

Bahan :  
satu adunan boleh dpt hampir 100 biji 
250grm tepung jagung
1 tin susu pekat manis ( yang kecik jgn abiskan )
1 sudu baking powder
butter @ marjerin untuk uli tepung
perwarna -ikut suka

Cara :
Gaulkan tepung + susu pekat manis.
Bila tepung dan susu dah sebati tambah marjerin utk menjadi doh .
Bahagian doh kepada dua bahagian - satu letak warna merah or warna yang disukai
Bakar dalam oven 180c selama 15 minit...
Dah masak sejukan dulu baru alihkan dari dulang pembakar.


Perhatian: 
Biskut nie amat lembut dan cair didalam mulut, jadi berhati2 bila mengangkat biskut dari dulang pembakar...pastikan sejuk betol baru alihkan..



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.