Search This Blog

Saturday, September 4, 2010

Puding Karamel Lapis Coklat




Assalamualaikum.
Sebenarnya dah lama teringin nak buat puding ni semenjak nampak kat dapur Kak Hana, asyik tertangguh jer, bila nampak Izah buat, tak boleh tahannn....mesti buat, jadi pagi semalam Mas terus start projek buat puding ni...senang ropanya nak buat puding ni....Mas buat ikut sukatan Kak Hana, buat 1/2 adunan jer...perhhh.....memang betul kata Kak Hana ngan Izah...betul2 sedap.......bila dah start makan susah nak berhenti....rasanya Mas tak puas makan lagi, nak kena buat lagi....maceh yer Kak Hana ngan Izah.....memang sedappp sangat puding ni....rakyat jelata kat rumah ni semuanya suka, tak cukup 1/2 adunan tu....he..he...


Puding Karamel Lapis Coklat
Copy : Kak Hana dan  Izahdaut

Bahan :
Bahan A
1 tin susu cair (Nestle Ideal)
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A @ 4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telor gred A @ 4 biji telur gred B
4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

Bahan C :
2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas
atau boleh guna 2 sudu besar madu

Cara Membuat:
Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. 
Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci. Masukkan 1/2 cawan adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau hingga masak. Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang seli hinga habis. 
Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. 
Potong dan hidang.





Mas pun ikut sukatan yang Kak Hana buat. 
Buat setengah adunan dari resepi di atas. 
Mas pun rakyat tak ramai juga. 
Tima kasih yer Kak Hana untuk resepi 1/2 adunan ni....

Bahan :
  • 4 biji telur gred B
  • 410ml susu cair @ 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar gula
  • 1/2 sk esen vanila
  • 2 sudu besar serbuk koko @ 1/2 sk nescaffe + 1/2sk pes coklat 
  • >> campurkan dengan sesudu air panas supaya serbuk koko tidak berketul2.

Karamel
  • 5 sudu besar gula
  • 4 sudu besar air panas

Cara :
  • Untuk membuat karamel 
  •  Hanguskan gula sehingga perang. 
  • Masukkan air panas dan kacau hingga cair dan gula agak pekat. 
  • Tuang terus ke dalam loyang @ bekas. Ketepikan.

Untuk Puding :
  • Mangkuk lain, satukan telur dan juga gula. Kacau menggunakan whisk hingga gula larut. Jangan sampai berbuih.Masukkan susu cair. Kacau kemudian tapis.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan pes koko tadi.
  • Panaskan periuk kukusan. Tuang secawan@setengah cawan ke dalam loyang karamel tadi dan kukus hingga masak lebih kurang 5-7min. 
  • (bergantung ketebalan lapisan). 
  • Buat sehingga habis secara berselang seli. Pastikan penutup pengukus diikat dengan kain supaya air tidak menitik ke atas puding.
  • Angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Sisipkan tepi loyang dan telangkupkan. Potong dan hidangkan.



6 comments:

  1. mas..sedapkan.kami pun tak cukup ..haha.. sedap makan time sejuk sodap jeee.mas, kami orang lipis..meh la datang lipis...singgah kejap..hehehe.. ai tungu u k!!

    ReplyDelete
  2. mas pulak yg buat puding ni...hari tu dah nmpk hana,izah dan k'ummi yg buat..mmg nmpk sedap, tu lum cuba mkn lg

    ReplyDelete
  3. rajinnya sis...

    ayu tak reti lagilah..

    ayu akan usaha cuba buat,,harap2 menjadi...heheh

    ReplyDelete
  4. izah
    orang lipis yer, geng dato ct la ni, mertua mas kat keratong 8, lalu tak masa balik, ke izah ikut haiway karak...mertua mas pernah la gi lipis, mas jer tak sampai lagi...
    tu la izah, rupanya sedap sangat puding ni...tak puas makan lagi ni..kena buat lagi...he..he..

    kak ida
    mas promot kat akak yer...sedapp sangat puding ni....try la buat kak...gerenti akak suka punya....

    ayu
    he..he..try buat ayu, senang jer...kalau ikut resepi betul2 gerenti jadi punya..selamat mencuba ayu...gerenti ayu suka puding ni...sedap sangat...

    ReplyDelete
  5. masssssssss..huii jauh tu keratong..mmg dekat ngan muadzam..pernah ke sana.ke muadzam pun pernah sebab akak duduk kat mudzam.tak dapek nak nolong le.ha mas, buat la umah terbuke kat subang...masak best2..bleh ajak makan.hehe..eh subang ke shah alam ek..subang kan..

    ReplyDelete
  6. Salam kak Man
    Hu... terliur..terliur.. sangat suka puding karamel. lapis coklat pulak tu...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.