Search This Blog

Monday, October 11, 2010

Cendawan Goreng Cili Api



Nampak kat dapur Kak Dayang Jack terus jadi teringin. Cuma cendahwan ni dah terderhaka sebab Mas terlupa letak kunyit hidup masa nak tumbuk bahan2 tu, dah siap masak, dah ambik gambar baru perasan dan Mas tak masak kering macam resepi  Kak Dayang Jack sebab nak ada kuah sikit. Memang sedap cendahwan ni, sedap dimakan ngan nasi panass.

Cendahwan Goreng Cili Api
Sumber : Kak Dayang Jack 
Bahan-bahan :
  • 200 g cendawan tiram putih - dibersihkan dan dihiris
  • 10 - 15 biji cili api hijau  / merah
  • 3 ulas bawang putih
  • segenggam ikan bilis
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil gula
  • sedikit air asam jawa
Cara-cara :
  1. Tumbuk lumat bawang putih, kunyit, cili api dan ikan bilis.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan-bahan tumbuk hingga garing.
  3. Masukkan cendawan dan sos tiram. Gaulkan sebati. 
  4. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan tumis lagi hingga airnya kering. 
  5. Setelah itu, angkat dan hidangkan.


6 comments:

  1. Salam kak mas,
    Yymmmmm. kalu cendahwan ni kak.... bagilah satu kuali. Saya boleh abiskan. hihihihi. pedas dan enak tuh!

    ReplyDelete
  2. ish tetiba teringat cendawan kat pasar tadi..memula nk amik tp last2 lupa nk amik..hmmm tengok mas masak ni...sedap ler pulak

    ReplyDelete
  3. mas...nak air..air sgelas..pedas ni tp sedaaaaap :p~

    ReplyDelete
  4. Suka cendawan!!! Lagi2 letak cili api WOW!!! Mintak sikit Mas...;)

    ReplyDelete
  5. indah
    ni peminat cendahwan ni....he..he..indah kena beli bungkus besar kalau nak masak...

    Zarin
    esok gi pasar terus ambik cendahwan tu....he..he..sedap tau zarin...

    Del
    air tu biar ais del...baru best...

    Love
    wah...love pun suka cendahwan...nanti buat banyak2 love, bleh anto sini sikit...mas punya dah abisss...he..he..

    ReplyDelete
  6. sedapnyela cendawan, tapi skrg tgh berpantang so mimpila nak makan cendawan, dah abis pntg pun leh tgk je...huuuu

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.