Search This Blog

Saturday, October 30, 2010

Ikan Bakar Portugis



Ari ni makan ikan bakar plak, Mas masak ikut cara Kak Hana panggang atas kuali jer, sedap tau, ikan tu pun garing macam bakar guna bara api. Untuk ikan bakar ni Mas guna ikan pari, memang sedap...he..he...tapi kan, Mas makan sorang2 jerr..Ain ngan Daniel tak mo ikan bakar ni, hubby lak keje...cian kan tak de geng. Tapi disebabkan sedapan ikan ni, tak kisah la, lain kali memang nak buat lagi, he..he...


Ikan Bakar Portugis
Sumber :  Kak Hana 

Bahan :
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 1/2 biji limau nipis - ambik jus
  • 1/2 sudu kicap pekat
  • garam dan gula
  • 1 ekor (600 gm) ikan bawal - Mas guna ikan pari
  • daun pisang
Bahan dikisar halus :
  • 4 tangkai cili merah
  • 4 biji buah keras
  • 8 ulas bawang merah, dikupas
  • 1 batang serai, dihiris halus-halus
  • 1/2 sudu teh belacan
  • 1 sudu besar cili serbuk
  • 2 helai daun limau purut


Cara :
  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula.
  2.  Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang dimasak dan bungkus ikan dengan sekeping daun pisang .
  3. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180c/350F selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.

5 comments:

  1. sedapnye kak mas ikan bakar....ni kalau bergandingan dgn smbl belacan kat umah ni,mau menambah nasi...tmbh2 ujan lak,lagi sodap mkn nasi!!!! ade lagi ke ikan tu....nk mintak ni,hehhehehe....

    ReplyDelete
  2. mak chun pon ajaq panggang atas kuali jer. memang berbaloi la. tak payah wat bara2 dah.

    ReplyDelete
  3. mimiey
    iskk...budak kecik ni, dah malam baru nak ngendeng...dah tinggal tulang cayang...makan jer sambal belacan tu ngan telor goreng, sedapp gakk..he..he..

    Che Chun
    tu la Chun, senang kan...dah la dok rumah tingkat2 ni, kang berasap rumah..he..he..

    ReplyDelete
  4. sambalnyer tu yg m'buatkn ikan tu sgt sedap agaknya....emmm dgn aroma daun pisang lagi nmpk sedap sgt Mas

    ReplyDelete
  5. hujung minggu layan apa masakkan pun pasti menyelerakan

    pandai kak mas sajikan masakkkan untuk anak-anak dan suami..nampak menyelerakan....wah....

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.