Search This Blog

Sunday, October 3, 2010

Kek Pisang Marble Susu



Assalamualaikum.
Teringin pulak nak buat Kek Pisang Marble Susu bila nampak Ros buat hari tu, nampak sedap sangat. Jadi bila pisang kat dapur dah masak ranum, Mas pun buat Kek Pisang Marble Susu ni petang semalam, hmmm.....terima kasih Ros atas perkongsian resepinya. Memang sedap kek pisang ni.....harum semerbak jerk bau kek pisang ni satu rumah masa dibakar.....wangiiii...Mas kongsikan resepi Kek Pisang Marble Susu disini pulak yerk.....


Kek Pisang Marble Susu

Bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko

Cara :
Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan, kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.
Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati, selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu. 
Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, setelah siap di bakar, sejukkan atas redai , Selamat Mencuba.


 Nota :
 Kek pisang marble ni lembut dan gebu je, kalau ade pisang yang dah ranum kat dapur tu, boleh cuba resepi ni ye. : )



4 comments:

  1. semua orang memarble... sangat jeles nih... nanti2 nak buat juga lah... mintak sepotong dulu yer mas..hehe

    ReplyDelete
  2. Sedapnye kek tuh! Nampak soft lor...errrr geram tengok! hehehe ;)

    ReplyDelete
  3. salam mas...yg ni adelg ker...lembut jer nmpak..sure sedap nih..nak,nak! :)

    ReplyDelete
  4. Kak Hna
    muahahaaa...jom kak join memarble...sedap tau kek marble...sepotong tu sape yang nak makan tu...he..he..mak ke anak..

    Love
    jangan geram2 love, buat la..memang soft kek ni..sedap tau...

    Del
    yang ni ada lagi suku tu..rasanya cukup untuk del...memang lembut kek ni del...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.